Tuesday, February 19, 2013

plan kawasan pelabuhan

berikut adalah plan kawasan yang bakal dibangunkan menjadi pelabuhan di Tok Bali.sekiranya pembangunan pelabuhan ini melibatkan kawasan yang luas, ianya akan meninggalkan nostalgia kepada aku.penduduk kampung mungkin akan dipindahkan ke kawasan baru..pantai yang dulu boleh mandi manda mungkin jadi kawasan larangan...ohh...nostalgia...

Tok Bali bakal jadi pelabuhan terkemuka

Tok Bali bakal jadi pelabuhan terkemuka

PASIR PUTEH, 30 Mac: Setelah menanti hampir 21 tahun, akhirnya hasrat kerajaan Kelantan untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan terkemuka bakal menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pada 19 Ogos 1991, beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memohon bagi menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan baru di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pelabuhan Tok Bali dekat sini petang semalam.


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan projek yang diusahakan Eastcoast Terminal Sdn Bhd, yang bernilai RM3.2 billion itu. (Gambar atas)

Tuan Guru optimis Pelabuhan Tok Bali akan laris sebagaimana aktifnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang kini muncul antara landasan yang tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dari peruntukan bagi membina bandar baru Tok Bali di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang melibatkan RM230 juta daripada kerajaan pusat dan RM3 billion pihak swasta.

Katanya, dengan adanya Pelabuhan Tok Bali, ianya akan menjadikan negeri ini bertambah maju.

“Dengan sifat rakyat Kelantan yang rajin, kreatif dan sebagainya, saya yakin pelabuhan ini akan bertambah maju,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bandar yang berasaskan sumber laut tersebut akan menjadi sebuah satu penjana ekonomi kepada rakyat di sini.


"Setakat ini sebanyak RM100 juta sudah dibelanjakan bagi membina pusat pendaratan dan pengumpulan ikan, manakala RM71 juta lagi untuk membina Taman Perikanan Bersepadu.


"Bukan itu sahaja, antara projek-projek besar lain ialah pembinaan sebuah Universiti Maritim dan pembinaan kapa akan dibina melibatkan peruntukkan bernilai RM41 juta dan RM10 juta bagi infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur dan RM3 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di sini," katanya semasa menyampaikan ucapan.

Menurutnya yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kesemua projek-projek berkenaan jika berjalan mengikut perancangan akan menjadikan bandar baru nelayan Tok Bali sebagai sebuah bandar termaju menjelang tahun 2020.


Beliau berkata, pembinaan pelabuhan tersebut bertepatan dengan pembangunan pesat ekonomi di negara-negara timur jauh seperti China, Kemboja, Jepun, Korea, dan Vietnam.


Tambahnya, semoga dengan adanya pelabuhan itu iakan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut China Selatan untuk mempergiatkan lagi aktiviti import dan eksport bukan sahaja ke Malaysia bahkan ke seluruh dunia," katanya.

Friday, March 12, 2010

senja



Inilah gambr jambatan Tok Bali di waktu senja..

Friday, February 26, 2010

Tok Bali kini












Sekian lama aku tidak menjengah Tok Bali,begitu juga dengan blog Tok Bali ini kerana masa yang tidak mengizinkan.Agak susah untuk mengetahui perkembangan di Tok Bali kerana aku berada jauh di seberang laut.

peluang bercuti pada hujung tahun 2009, aku berkesempatan melawat sekitar Tok Bali dan sempat merakam beberapa keping gambar.


kelihatan Tok Bali sedikit berubah dari sebelum peninggalan aku terutama sebelah Kampung Pak Mayong (Kg. D.O)

kelihatan pantai teruk terhakis akibat bah yang melanda baru-baru ini.itu merupakan fenomena biasa bagi pantai Tok Bali. deretan rhu semakin kurang akibat hakisan tersebut.

walaubagaimanapun, Tok Bali sedikit sebanyak mengalami perubahan fizikal walaupun lembab. bangunan maritim yang siap dibina dilanda ribut dan dalam proses pembaik pulihan.


jalan utama ke bandar Pasir Puteh masih dalam pembinaan dan tapak projek baru nampaknya dalam permulaan pembinaan sebelah dengan chalet D'Muara..

bangunan D Bali Boat Villa pun sedang rancak dalam pembinaan.

Saturday, August 1, 2009

PETA SATELIT TOK BALI

http://wikimapia.org/885551/Pelabuhan-Perikanan-Tok-Bali

APA DAH JADI...?

Tok Bali terletak di tepi laut Pasir Puteh, Kelantan. Ia menjadi jeti atau transit ke Pulau Perhentian dan ke Pulau Redang Pelancong asing yang mendapat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan lebih suka memilih jeti di Kuala Besut, Terengganu untuk pergi ke Pulau Perhentian atau ke Pulau Redang.

Sejak akhir-akhir Tok Bali terbiar dan pengunjung jarang menggunakannya lagi. Teksi dan bas pula tidak banyak. Begitu juga dengan jeti yang kurang terurus. Rumah rehat dan restoran juga kurang. Jeti sedia ada adalah milik persendirian.

Pembangunan yang dirancang melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan memajukan Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan jeti pelancongan ke Pulau Perhentian dan ke Pulau Redang. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), Jabatan Laut Malaysia memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan tersebut.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Bali

Friday, July 31, 2009

PENCURI DITANGKAP

Curi motosikal: Dua lelaki ditahan bantu siasatan
PASIR PUTEH - Dua lelaki berusia dalam lingkungan 20an ditahan di Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, hasil siasatan, polis menemui dua motosikal daripada dua lelaki terbabit yang dipercayai dicuri. “Polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu dan daripada pemeriksaan, kita mendapati mereka merupakan penagih dadah,” katanya. Menurutnya, tangkapan itu mempunyai kaitan dengan kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku dalam kawasan pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) baru-baru ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat sehingga tertangkap suspek terbabit. Mohd Kamal juga menasihati orang ramai, agar menjaga kenderaan mereka dengan baik dengan menutup peluang penjenayah mencurinya.
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story3003961.asp