Tok Bali bakal jadi pelabuhan terkemuka
PASIR PUTEH, 30 Mac: Setelah menanti hampir 21 tahun, akhirnya hasrat
kerajaan Kelantan untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan terkemuka
bakal menjadi kenyataan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pada 19 Ogos 1991, beliau telah
bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk
memohon bagi menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan baru di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Majlis
Perasmian Pecah Tanah Projek Pelabuhan Tok Bali dekat sini petang
semalam.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah
merasmikan projek yang diusahakan Eastcoast Terminal Sdn Bhd, yang
bernilai RM3.2 billion itu. (Gambar atas)
Tuan Guru optimis
Pelabuhan Tok Bali akan laris sebagaimana aktifnya Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra yang kini muncul antara landasan yang tersibuk di
negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dari peruntukan bagi membina bandar baru Tok Bali di bawah Pembangunan
Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang melibatkan RM230 juta daripada
kerajaan pusat dan RM3 billion pihak swasta.
Katanya, dengan adanya Pelabuhan Tok Bali, ianya akan menjadikan negeri ini bertambah maju.
“Dengan sifat rakyat Kelantan yang rajin, kreatif dan sebagainya, saya yakin pelabuhan ini akan bertambah maju,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk
Seri Mustapa Mohamed berkata, bandar yang berasaskan sumber laut
tersebut akan menjadi sebuah satu penjana ekonomi kepada rakyat di sini.
"Setakat ini sebanyak RM100 juta sudah dibelanjakan bagi membina pusat
pendaratan dan pengumpulan ikan, manakala RM71 juta lagi untuk membina
Taman Perikanan Bersepadu.
"Bukan itu sahaja, antara
projek-projek besar lain ialah pembinaan sebuah Universiti Maritim dan
pembinaan kapa akan dibina melibatkan peruntukkan bernilai RM41 juta dan
RM10 juta bagi infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur dan RM3 juta
untuk membina sebuah pusat membeli-belah di sini," katanya semasa
menyampaikan ucapan.
Menurutnya yang juga merupakan Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan, kesemua projek-projek berkenaan jika
berjalan mengikut perancangan akan menjadikan bandar baru nelayan Tok
Bali sebagai sebuah bandar termaju menjelang tahun 2020.
Beliau berkata, pembinaan pelabuhan tersebut bertepatan dengan
pembangunan pesat ekonomi di negara-negara timur jauh seperti China,
Kemboja, Jepun, Korea, dan Vietnam.
Tambahnya, semoga
dengan adanya pelabuhan itu iakan memberi kemudahan kepada kapal-kapal
dagang dari Laut China Selatan untuk mempergiatkan lagi aktiviti import
dan eksport bukan sahaja ke Malaysia bahkan ke seluruh dunia," katanya.
PERGINYA SAHABAT
10 years ago
No comments:
Post a Comment