TERUSAN TOK BALI
Terusan ini adalah terusan buatan dibawah projek kemasin semerak. Ianya merupakan jalan bot-bot nelayan ke tempat pendaratan ikan atau berlabuh. Kuala terusan di dipagari oleh dua banjaran batu pemecah ombak. Di sini pernah diadakan Pesta Air yang dihadiri oleh Tuanku Kelantan dan juga pesta memancing.
Ianya juga sering dijadikan tempat untuk memancing atau berkelah bersama keluarga. Waktu malam yang disinari oleh lampu jalan dari atas jambatan menambahkan lagi kemeriahan aktiviti perkelahan. Deretan pokok rhu yang ditanam sepanjang terusan merupakan kemudahan bagi pengunjung untuk berteduh dan bersantai. Wakaf-wakaf juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di sepanjang terusan ini.
Bersantai di tepi terusan sungguh mengasyikkan disamping melihat bot-bot nelayan keluar masuk ditemani angin pantai yang membuai menjemput lena.
No comments:
Post a Comment