Saturday, August 1, 2009

PETA SATELIT TOK BALI

http://wikimapia.org/885551/Pelabuhan-Perikanan-Tok-Bali

APA DAH JADI...?

Tok Bali terletak di tepi laut Pasir Puteh, Kelantan. Ia menjadi jeti atau transit ke Pulau Perhentian dan ke Pulau Redang Pelancong asing yang mendapat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan lebih suka memilih jeti di Kuala Besut, Terengganu untuk pergi ke Pulau Perhentian atau ke Pulau Redang.

Sejak akhir-akhir Tok Bali terbiar dan pengunjung jarang menggunakannya lagi. Teksi dan bas pula tidak banyak. Begitu juga dengan jeti yang kurang terurus. Rumah rehat dan restoran juga kurang. Jeti sedia ada adalah milik persendirian.

Pembangunan yang dirancang melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan memajukan Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan jeti pelancongan ke Pulau Perhentian dan ke Pulau Redang. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), Jabatan Laut Malaysia memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan tersebut.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Bali

Friday, July 31, 2009

PENCURI DITANGKAP

Curi motosikal: Dua lelaki ditahan bantu siasatan
PASIR PUTEH - Dua lelaki berusia dalam lingkungan 20an ditahan di Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, hasil siasatan, polis menemui dua motosikal daripada dua lelaki terbabit yang dipercayai dicuri. “Polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu dan daripada pemeriksaan, kita mendapati mereka merupakan penagih dadah,” katanya. Menurutnya, tangkapan itu mempunyai kaitan dengan kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku dalam kawasan pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) baru-baru ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat sehingga tertangkap suspek terbabit. Mohd Kamal juga menasihati orang ramai, agar menjaga kenderaan mereka dengan baik dengan menutup peluang penjenayah mencurinya.
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story3003961.asp

Thursday, July 30, 2009

PUSAT LATIHAN NELAYAN

Pusat Latihan Nelayan di Tok Bali


Ibnul Rahman
Tuesday, 22 January 2008
PASIR PUTEH (21 Jan 2008): Benarkah belia tempatan tidak berminat mencebur diri dalam industri perikanan laut dalam menyebabkan munculnya nelayan asing khususnya dari Thailand?Lebih memburukkan,kemunculan sehingga mereka menguasai industri perikanan laut dalam di bandar baru nelayan Tok Bali, Semerak di sini yang mengejutkan pelbagai pihak.Laporan Bernama baru-baru ini menyebut, selain belia kurang berminat, golongan nelayan tua pula semakin tidak berupaya meneruskan kerja tradisi itu.

Sebagai satu jalan keluar, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Semerak Datuk Kamaruddin Mohd Noor mencadangkan penubuhan segera sebuah pusat latihan nelayan sebelum industri itu menjadi lumpuh sekiranya nelayan asing itu kembali ke negara asal mereka."Ikan yang ditangkap hanya sebahagian kecil sahaja didaratkan di pelabuhan Tok Bali dan ini pun semata-mata bagi memenuhi syarat yang dikenakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk mereka dapatkan subsidi minyak diesel manakala sebahagian besarnya didaratkan di Thailand," katanya.Beliau berkata Tok Bali akan menjadi pusat moden bagi pengeluaran produk hiliran yang berasaskan ikan menerusi program Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Taman Perikanan Bersepadu akan turut dibina di Tok Bali dalam menambah hasil perikanan dengan penerokaan tangkapan ikan di laut dalam dan pusat itu akan berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pembangunan produk hiliran dan pemasaran produk perikanan.Kamaruddin berkata adalah malang sekiranya negara terus bergantung kepada tenaga nelayan asing dalam tempoh jangka panjang.

Persatuan Nelayan Kawasan Semerak menyokong cadangan penubuhan pusat latihan nelayan itu dan, menurut pengerusinya Datuk Mohd Jelani Jaafar, ia sepatutnya telah lama dibina di Tok Bali seiring dengan pembangunan pesat di pelabuhan itu yang mula mendapat perhatian termasuk daripada pelabur asing.Beliau berkata kaum belia terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak berminat mencebur diri dalam industri itu disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan sewajarnya.Ini menyebabkan pelabuhan itu kini ketandusan tenaga nelayan yang berkebolehan termasuk tekong dan awak-awak tempatan, katanya.Jelani berkata keadaan itu memberi kesempatan kepada nelayan asing yang mendaftar menerusi pemilik bot berlesen kepunyaan rakyat tempatan.

Beliau berkata sudah sampai masanya rakyat tempatan yang berpendidikan dan dilatih dengan teknologi terkini diberi peluang mencebur diri dalam industri itu secara komersial memandangkan nelayan tradisi yang ada sekarang sudah tidak mampu menghadapi cabaran dalam industri berkenaan yang semakin mencabar.
http://w3.guanodemo.net/index.php?option=com_content&task=view&id=324&Itemid=56

RIBUT DI TOK BALI


Ribut terbang atap pasar Tok Bali
Mohd Nor Yahya Thu Apr 23, 09 5:54:16 pm MYT
PASIR PUTEH, 23 April (Hrkh) - Pengunjung dan peniaga di Pasar Ikan Tok Bali petang semalam dikejutkan dengan ribut kencang sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut seketika.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 6 petang ketika orang ramai datang ke pasar tersebut membeli ikan yang baru didaratkan dari laut.
Pada kejadian itu bumbung pasar tercabut dan menghempap sederet kereta yang diletak di kawasan berdekatan.

Turut ranap sebuah kedai menjual buah-buahan yang terletak berhampiran pasar berkenaan.
Pemilik gerai terbabit, Zakuan Ibrahim berkata, beliau berada di Pasir Puteh ketika kejadian berlaku dan emak serta anaknya memberitahu tentang kejaian tersebut.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana tidak ada sebarang kemalangan yang menimpa ibu dan beberapa pekerja saya," katanya.

Beberapa saksi ketika ditemui memberitahu mereka melihat bumbung pasar ikan diterbangkan angin dan kemudian menghempap lima kereta yang berada di parkir berdekatan.
Sebatang pokok besar juga tumbang sehingga menghalang jalan antara Tok Bali dan Gong Kulim menyebabkan kesesakan lalulintas. - mj/mks. _ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20448&Itemid=99999999

TERMINAL PENDARATAN IKAN (TIBA)


Terminal ini telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kelantan. Terminal ini dibina untuk kemudahan nelayan mendaratkan ikan. Terminal ini juga disediakan surau, tandas, pasar dan kedai untuk kemudahan pengunjung.


Ikan-ikan yang segar dari laut didaratkan di sini dan terus diangkut untuk dieksport. Bagaimanapun anda boleh membeli secara lansung dengan taukeh ikan di sini. Jika bot tidak mendaratkan ikan, anda boleh membeli ikan-ikan segar di pasar basah di sini. Di sini dijual pelbagai jenis ikan laut. Terdapat juga sotong dan udang.

Turut tersedia ialah, wakaf untuk berehat sementara menunggu ikan didaratkan ataupun sementara menunggu isteri membeli belah.

JAMBATAN DAN PEMECAH OMBAK


Jambatan Tok Bali yang merentasi muara Terusan Semerak dan menghubungkan jalan pesisir pantai Kuala Besut-Bachok telah menjadi mercu tanda yang mudah diingati apabila berkunjung ke Tok Bali.

Ia dibina lebih tinggi bagi memberi laluan kepada kapal dan bot-bot nelayan yang menyusuri muara menuju ke Terminal Pendaratan Ikan. Di atas jambatan ini selalu dipenuhi kaki pancing walaupun tanda larangan memancing diletakkan kerana berbahaya kepada pengguna jalan raya.
pandangan dari atas jambatan.kelihatan batu pemecah
ombak merentangi badai


Dari atas jambatan ini kita dapat melihat kampung sekitar kawasan Tok Bali dan laut yang menjadi sumber rezeki nelayan.

Benteng pemecah ombak berdekatan jambatan yang dibina bagi memudahkan kapal keluar masuk pada musim tengkujuh. Pembinaan ini bertujuan untuk mengelakkan bot-bot daripada dibadai ombak. Ianya juga telah menjadi sasaran kaki-kaki pancing untuk melabuhkan joran. Jambatan ini juga merupakan mercu tanda yang memisahkan antara air masin dan air tawar.


Wednesday, July 29, 2009

PASAR MALAM TOK BALI

PASAR MALAM DI TOK BALI



Pasar malam Tok Bali yang bermula pada pukul 6 petang pada setiap malam jumaat cukup meriah. Pelbagai jenis barang dijual dengan harga yang berpatutan. Paling banyak ialah jualan pakaian "bundle". Pelbagai jenis pakaian yang diimport dilambakkan di sini. Dari pakaian berjenama sehingga ke yang tiada jenama. Kasut bundle, topi bundle, tali leher bundle dan bermacam lagi yang dijual bundle.
selain itu, pelbagai jenis makanan dan minuman juga turut dijual seperti nasi kerabu, keropok lekor, laksam dan pelbagai masakan Kelantan.
Tapak pasar malam ini terletak di hujung jambatan menuju ke Besut. Kemeriahan pasar malam ini di tambah lagi dengan lagu-lagu dikir dari penjual cd dikir barat. Kadang-kadang turut ada persembahan penjual ubat yang melakukan silap mata atau bermain dengan ular. Itulah yang kebiasaan di pasar malam.

Tuesday, July 28, 2009

PEMBERITAHUAN

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI BERITA BERGAMBAR SEKITAR TOK BALI BOLEH DIHANTAR KE EMEL matbinli@yahoo.com UNTUK DIMUATKAN KE DALAM BLOG INI. SUMBANGAN ANDA DIDAHULUKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASEH.

TERUSAN TOK BALI

Terusan ini adalah terusan buatan dibawah projek kemasin semerak. Ianya merupakan jalan bot-bot nelayan ke tempat pendaratan ikan atau berlabuh. Kuala terusan di dipagari oleh dua banjaran batu pemecah ombak. Di sini pernah diadakan Pesta Air yang dihadiri oleh Tuanku Kelantan dan juga pesta memancing.

Ianya juga sering dijadikan tempat untuk memancing atau berkelah bersama keluarga. Waktu malam yang disinari oleh lampu jalan dari atas jambatan menambahkan lagi kemeriahan aktiviti perkelahan. Deretan pokok rhu yang ditanam sepanjang terusan merupakan kemudahan bagi pengunjung untuk berteduh dan bersantai. Wakaf-wakaf juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di sepanjang terusan ini.

Bersantai di tepi terusan sungguh mengasyikkan disamping melihat bot-bot nelayan keluar masuk ditemani angin pantai yang membuai menjemput lena.

CADANGAN ANDA

apa-apa cadangan sila kemukakan disini...tq

PANTAI TOK BALI

pantai Tok Bali menghala ke Bachok


Pantai Tok Bali

Tok Bali merupakan sebuah perkampungan yang terletak di pesisir pantai. Pantainya yang landai dan pasirnya yang memutih menambahkan lagi keindahan Tok Bali. Pantai Tok bali yang memanjang sehingga ke Pantai Bisikan Bayu, Semerak dan juga Pantai Besut Terengganu.

Dari pantai Tok Bali kita dapat melihat Kuala Besut dan juga Bukit Kluang. Jika dilemparkan pandangan ke laut, kita dapat melihat gugusan pulau-pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Rhu, dan beberapa pulau yang lain sekiranya cuaca terang. Di laut juga kelihatan bot-bot nelayan meredah ombak. Memandangkan Tok Bali sebagai terminal pendaratan ikan dan pelabuhan bot, kita dapat melihat pelbagai jenis bot-bot kecil dan besar memecah ombak masuk dan keluar terusan Tok Bali.

Sunday, July 26, 2009

ASAL USUL NAMA

salah satu replika bot di Tok Bali

Tok Bali merupakan sebuah perkampungan yang terletak di daerah Pasir Puteh di bawah Dun Semerak. Tok Bali dikatakan mendapat daripada seorang dari pelayar dari Indonesia yang hanyut dan terdampar di pantai tersebut. Kapal pelayar dari Bali Indonesia telah pecah di tengah lautan menyebabkan pelayar tersebut hanyut berbulan-bulan di lautan. Tikamana beliau terdampar di pantai, dikatakan teritip telah memenuhi tubuh beliau.


jambatan bongkok mercu tanda Tok Bali

Beliau ketika itu masih hidup memulakan hidup baru bersama-sama penduduk setempat. Daripada cerita inilah Tok Bali mendapat nama.

Tok merupakan gelaran kepada orang yang kebiasaannya mempunyai ilmu agama yang tinggi. Bali pula adalah nama tempat di Kepulauan Indonesia.
Bagaimanapun, setelah lama beliau berada di perkampungan ini, akhirnya beliau pulang ke Indonesia di tempat asalnya beliau. Ini adalah sejarah secara lisan. Adapun kesahihan cerita ini tidaklah diketahui. Wallahua'alam..