Thursday, July 30, 2009

RIBUT DI TOK BALI


Ribut terbang atap pasar Tok Bali
Mohd Nor Yahya Thu Apr 23, 09 5:54:16 pm MYT
PASIR PUTEH, 23 April (Hrkh) - Pengunjung dan peniaga di Pasar Ikan Tok Bali petang semalam dikejutkan dengan ribut kencang sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut seketika.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 6 petang ketika orang ramai datang ke pasar tersebut membeli ikan yang baru didaratkan dari laut.
Pada kejadian itu bumbung pasar tercabut dan menghempap sederet kereta yang diletak di kawasan berdekatan.

Turut ranap sebuah kedai menjual buah-buahan yang terletak berhampiran pasar berkenaan.
Pemilik gerai terbabit, Zakuan Ibrahim berkata, beliau berada di Pasir Puteh ketika kejadian berlaku dan emak serta anaknya memberitahu tentang kejaian tersebut.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana tidak ada sebarang kemalangan yang menimpa ibu dan beberapa pekerja saya," katanya.

Beberapa saksi ketika ditemui memberitahu mereka melihat bumbung pasar ikan diterbangkan angin dan kemudian menghempap lima kereta yang berada di parkir berdekatan.
Sebatang pokok besar juga tumbang sehingga menghalang jalan antara Tok Bali dan Gong Kulim menyebabkan kesesakan lalulintas. - mj/mks. _ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20448&Itemid=99999999

No comments:

Post a Comment