Friday, July 31, 2009

PENCURI DITANGKAP

Curi motosikal: Dua lelaki ditahan bantu siasatan
PASIR PUTEH - Dua lelaki berusia dalam lingkungan 20an ditahan di Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, hasil siasatan, polis menemui dua motosikal daripada dua lelaki terbabit yang dipercayai dicuri. “Polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu dan daripada pemeriksaan, kita mendapati mereka merupakan penagih dadah,” katanya. Menurutnya, tangkapan itu mempunyai kaitan dengan kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku dalam kawasan pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) baru-baru ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat sehingga tertangkap suspek terbabit. Mohd Kamal juga menasihati orang ramai, agar menjaga kenderaan mereka dengan baik dengan menutup peluang penjenayah mencurinya.
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story3003961.asp

No comments:

Post a Comment