Thursday, July 30, 2009

PUSAT LATIHAN NELAYAN

Pusat Latihan Nelayan di Tok Bali


Ibnul Rahman
Tuesday, 22 January 2008
PASIR PUTEH (21 Jan 2008): Benarkah belia tempatan tidak berminat mencebur diri dalam industri perikanan laut dalam menyebabkan munculnya nelayan asing khususnya dari Thailand?Lebih memburukkan,kemunculan sehingga mereka menguasai industri perikanan laut dalam di bandar baru nelayan Tok Bali, Semerak di sini yang mengejutkan pelbagai pihak.Laporan Bernama baru-baru ini menyebut, selain belia kurang berminat, golongan nelayan tua pula semakin tidak berupaya meneruskan kerja tradisi itu.

Sebagai satu jalan keluar, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Semerak Datuk Kamaruddin Mohd Noor mencadangkan penubuhan segera sebuah pusat latihan nelayan sebelum industri itu menjadi lumpuh sekiranya nelayan asing itu kembali ke negara asal mereka."Ikan yang ditangkap hanya sebahagian kecil sahaja didaratkan di pelabuhan Tok Bali dan ini pun semata-mata bagi memenuhi syarat yang dikenakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk mereka dapatkan subsidi minyak diesel manakala sebahagian besarnya didaratkan di Thailand," katanya.Beliau berkata Tok Bali akan menjadi pusat moden bagi pengeluaran produk hiliran yang berasaskan ikan menerusi program Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Taman Perikanan Bersepadu akan turut dibina di Tok Bali dalam menambah hasil perikanan dengan penerokaan tangkapan ikan di laut dalam dan pusat itu akan berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pembangunan produk hiliran dan pemasaran produk perikanan.Kamaruddin berkata adalah malang sekiranya negara terus bergantung kepada tenaga nelayan asing dalam tempoh jangka panjang.

Persatuan Nelayan Kawasan Semerak menyokong cadangan penubuhan pusat latihan nelayan itu dan, menurut pengerusinya Datuk Mohd Jelani Jaafar, ia sepatutnya telah lama dibina di Tok Bali seiring dengan pembangunan pesat di pelabuhan itu yang mula mendapat perhatian termasuk daripada pelabur asing.Beliau berkata kaum belia terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak berminat mencebur diri dalam industri itu disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan sewajarnya.Ini menyebabkan pelabuhan itu kini ketandusan tenaga nelayan yang berkebolehan termasuk tekong dan awak-awak tempatan, katanya.Jelani berkata keadaan itu memberi kesempatan kepada nelayan asing yang mendaftar menerusi pemilik bot berlesen kepunyaan rakyat tempatan.

Beliau berkata sudah sampai masanya rakyat tempatan yang berpendidikan dan dilatih dengan teknologi terkini diberi peluang mencebur diri dalam industri itu secara komersial memandangkan nelayan tradisi yang ada sekarang sudah tidak mampu menghadapi cabaran dalam industri berkenaan yang semakin mencabar.
http://w3.guanodemo.net/index.php?option=com_content&task=view&id=324&Itemid=56

1 comment:

  1. The Hotel and Casino Map & Floor Plans - MapyRO
    The Hotel and Casino 양주 출장안마 Floor Plans, located 속초 출장샵 in Downtown Downtown Las 경상남도 출장샵 Vegas, offer a wealth 고양 출장마사지 of high-end amenities for the weary 양주 출장마사지 traveler.

    ReplyDelete